Friday, December 14, 2012

kutemui cintaMu dalam sahabat2 ku.

salam,,
^_^ no words to say..
juz a picture can tell us more than words..


pharmily day 2012

usrah jiwa kami

pharmily day

walau seberat manapun masa untuk bersama,
diringankan hanya keranaNya

lab dosage 2012

lab physcl pharm

last class BI LMT 100 with
beloved madamme christine liew

dosage II 

soul garden, with the soul of  happiness

ukhuwwah itu lebih dari bersahabat,
kerana ia tak pernah hilang walau jasad kita terpisah dngn rohnya.

thanx for accepting my 'bebel' tiap2 hari.. <3 nbsp="nbsp">

apa yang baru itu sebenarnya yang perlu dipelajari, tetapi jika yg baru itu seperti sudah lama kita ketahui, maka ia adalah yang terbaik~

Sebenarnya, yang indah itu ada pada hati yang saling menyayangi keranaNya.

tak perlu kau ungkap,
tak perlu kau buktikan
kerana kata hatimu 
mengungkapi indahnya persahabatan ini..

biar jauh,
biar tak sependapat,
biar tak setaraf,
yang penting, kita saling mengenali
MENGENALI HATI BUDI KITA.
melengkapai susah senang kita,
jua kelemahan dan kelebihan itu..
 ukhuwwah fillah, until jannah~

ukhuwwah fillah, abadan abada~

aku ingin berbicara ..

assalamualaikum wbt.. 
semoga semua sihat2 sahaja..

entry ni fatin nak tujukan khas buat diri sendiri
dan juga untuk kalian yang ada kehidupan yang sama.
(takde niat di hati nak jaga hal khidupan org lain)
cuma niat di hati nak sama2 berfikir.

jika kita mencintai sesorg itu, bukan bermakna kita lah miliknya.
dan jika kerana cinta itu diri kita terbuai dengan budi pihak yg dicintai
tak perlulah sehingga membanggakan diri sesama masing2..

ingatan untuk diri saya juga..
jauhilah A.I.D.S
A=angkuh
I=iri hati
D=dengki
S=sombong

kerana sikap2 inilah hati kita lupa asalnya siapa kita.
kadangkala, kita terlalu merasakan kita di pihak yang benar
kadangala kita mersakan biarkan tanggapan orang menilai kita,
kerana kita tak akan pernah jatuh dengan bahagia yang ada

come on, peoples! 
sedarlah, kita ni cuma sebenarnya dijadikan dari tanah 
dan dikembalikan jua ke tanah.
Habis kosong pun jiwa kita, ingatlah....
keluarga itu sebenarnya setitis kasih Allah..
janganlah jika diberi kasih syg kedua , kita alpa..
lupa diri, hilang sikap malu dan perasaan orang lain..

walaupun tk perlu pedulikan kata2 orang untuk hidup bahagia,
pedulikanlah kata2 orang tuamu..
mereka tak ada ganti, mereka bukti kasih Yang Satu..



Allah hu rabbi...
sedarkanlah diri ini dan mereka yg aku aku sayangi..
kerana sayangku inilah aku menulis dari hati ku 
melalui kasihMu..
moga 'dia' membaca entry ini..
bahawa, 'dia' sebenarnya bukan salah memilih teman 
untuk berkongsi kasih selain keluarga,
tetapi dipertemukan olehMu dengan orang yang salah dahulu,
aku percaya, ini adalah kuasa cintaMu..
dan tak kerana cintaMu ini, 
mereka tak akan menyedari kesilapan yg ada sekarang
(satu hari nanti).. 

untukmu yang disayangi,
aku berharap, kau menyedarinya..
kami semua bersungguh mendoakan kau menemui yg lain,
1 hari nanti.. insyaAllah~~ ^_^

with love <3 dirimu.="dirimu." menyayangi="menyayangi" org="org" p="p" yg="yg">



kasih sayang yang abadi adalah yang diberkatiNya~ 
jika mudahlah kita bersamanya, maka mudahlah urusan untuk halal bersama~

Monday, August 27, 2012

bersyukurlah ; ALHAMDULILLAH~


bilamana ku renungi diriku, ku lihat tak setinggi ilmu 'mereka'
bilamana ku renungi diriku, ku dapati tak sehebat pengaruh 'mereka'
bilamana ku renungi diriku, ku sedari tak sesempurna 'mereka'
bilamana ku renungi diriku, ku yakin 'mereka' lebih mampu
bilamana ku renungi diriku, ku mendengar kebaikan 'mereka'
bilamana ku renungi diriku, ku tangisi ketidaksempurnaanku berbanding 'mereka'
bilamana ku renungi diriku, ku tercari dimana kelebihan seperti mereka

tanpa ku menoleh di sisiku,
Kau telah coretkan kehidupan yang indah bagiku
Kau telah datangkan aku keamanan
Kau kasihi aku dengan kasih ibu ayah
Kau dambakan aku tasbih2 nasihat seorang sahabat
Kau memelukku dengan ayat2Mu yg syahdu
Kau menemaniku dengan zikir2 yg menemani
Kau lengkapkan kelemahan itu dengan seorang yang bergelar suami 1 hari nanti
Kau telah lukiskan 'taman'ku ini tanpa aku sedari
dengan indahNya, dengan amanNya, dengan kasihNya..

alhamdulillah~



hidupMu cukup indah bagiku


ya Rabbul I'zzati..
saat diri ini hilang pegangan , aku mencariMu
tatkala air mata menghujani pipi, aku menadah tangan padaMu
sedetik aku hiba, aku merenung ciptaanMu
sesaat aku jatuh, aku merayu tautkan hatiMu

kekalkan imanku itu sehingga saat ajalkan tiba,
tatkala datanglah Izrail mendapatkan aku,
ringanilah bibirku melafazkan kalimahMu
LAILAHAILLALLAH,MUHAMMADARRASULULLAH...

ikhlaskanlah hatiku, tatkala riak datang menjemput amalku
ringanilah tanganku, tatkala malas memegang ibadahku
istiqamahkanlah diriku, tatkala alpa membelenggu
ajarkanlah aku syukur , tatkala kemegahan bersamaku
CINTAilah aku, tatkala 'mereka' meninggalkan aku
kerana hatiku hanya milikMu, cintaku adalah padaMu

cukuplah Allah bagiku,,
sebaik-baik pecinta dan pedamping hidupku.. ^_^


cintailah tuhanmu(Allah SWT) sepenuh hatimu, nescaya hidupmu dipenuhi cinta yg dirahmati. InsyaAllah~








Sunday, July 22, 2012

Berjaya dah Berpengaruh didunia bukanlah penentu berjaya di alam selepas kematian (akirat)

assalamualaikum wbt, Ramdhan Kareem!!
salam ramadhan bagi yang semua yang beeragama Islam.. =)
hrini 2 Ramadhan 1433H (Julai 2012)

entry kali ini saya nak bersantai dan ingatkan dri saya dan yg membaca;
ramai kita melihat orang di sekeliling kita suka berbangga-bangga
dengan keistimewaan dan pengaruh yg dimiliki,
kadang-kadang, kita tak sedar semua itu sebenarnya bersifat sementara,
bila dah kehilangan kedudukan itu, kita mula mencari 
dan mula menyalahkan takdir yang kita telah disisihkan dari komuniti itu.
ketahuilah sebenarnya, kita telah disedarkan olehNya dari mimpi yang ngeri.



sahabat2 sekalian, kalau kita merasakan diri kita sudah hebat,
pandanglah ke hadapan yang dimana ada lagi orang yg lebih hebat,
jika pula merasakan diri kita sangat kekurangan, tolehlah ke belakangmu,
dimana ramai lagi yang memerlukan kehidupan dan nikmat yang kita miliki.
cube kita belajar menghargai orang di sekeliling kita, bahkan apa yg kita ada.
(bersyukurlah~)


( http://www.facebook.com/photo.php?fbid=380296018703948&set=a.188405431226342.48305.137928842940668&type=1&ref=nf )

bagi yg lebih berilmu, jnganlah kita bongkak dengan ilmu yg ada pada kita,
saya slalu nasihatan adik2 saya, jangan lah riak dengan ilmu yg kita dapat,
kita tak tahu ada lagi org yg lebih ilmuNya dari kita, tapi merendah diri.
fikirkanlah jika Allah SWT mengkehendaki kita hilang ingatan, rencatkan 
akal , serta tidak berupaya 1 hari nanti. kemana kita nak cari semula ilmu kita,
jamin ka masih ada lagi ilmu kita yg ber'gunung2 tu?? 
(wallahualam~)
ingatlah..





Jagalah hati dan perasaan orang lain, kelak orang lain akan melakukan sedemikian kepada kita.
SALAM UKUWWAH FILLAH ABADAN ABADA~


Tuesday, May 1, 2012

kenapa perlu kita berburuk sangka ? ?

assalamualaikum wbt..

lama tak update entry..
ya, entry kali ni adalah ingatan untuk fatin and smua orang..
moga mendapat sesuatu dri entry ini.
(short n simple make)

umat akhir zaman ini banyak yang bersangka buruk
sesama manusia dn suka menjatuhkan hukum tanpa ilmu dan usul;
sehinggakan sesuatu yang baik dianggap buruk:


                 orang yang rajin beribadah disangka riak
                 orang yang sentiasa beratkan diri dari bekerja dianggap malas
                 orang yang makan banyak dianggap pelahap
                 orang yang memakai baju baru disangka menunjuk
                 orang yang senyum disangka mengejek
                 orang yang bermasam muka disangka merajuk dan tidak bersetuju(atau protes)
                 orang yang diam disangka tidak suka bergaul
                 orang yang menawan disangka memakai susuk
                 orang yang ceria disangka mengada-ngada




           mana kita tahu yang rajin beribadah tu ikhlas ibadahnya
           mana kita tahu yang sentiasa beratkan diri dari bekerja itu kudratnya tidak bertenaga
           mana kita tahu yang makan banyak itu sedang memenuhi diet pemakanan sihat tubuhnya
           mana kita tahu yang memakai baju baru itu kerana bajunya yang lain baru dibasuh dan rosak
           mana kita tahu yang senyum itu hanya ingin menjaga hati kita dan niat bersedekah
           mana kita tahu yang sedang bermasam muka itu kerana mengenangkan dosanya tadi
           mana kita tahu yang diam itu sedang beristigfar kepada Allah
           mana kita tahu yang menawan itu bersih hati dan mindanya
           mana kita tahu yang ceria itu cerdas mindanya

(fatin pun ada kadang2 termasuk golongan diatas)
astaghfirullahalazim~
marilah sama2 beristighfar, kita manusia sering lakukan kesilapan.
sedangkan hati didalam diri sendiri pun tak mampu dikawal, 
masakan mulut kita yang ada diluar diri kita

sama2lah kita ingatkan diri kita,
dan renungi hadith dibawah yang dipetik dari
(40 hadith peristiwa akhir zaman)
karangan dan olahan oleh:
al-Faqir Ilallah, Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.
Ma'had Tarbiyah Islamiyah, Derang, 
06400 Pokok Sena, Kedah Darul Aman.

Dari Abu Hurairah Ra. , bahawasanya Rasulullah saw bersabda; 
"Jika ada seseorang berata , "orang banyak (sekarang ini) sudah rusak" , 
maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rusak diantara mereka"
(HR. Muslim)
-hadith pertama : JANGAN MUDAH MENYALAHKAN ORANG LAIN
 ; Tafsirannya lihat link di bawah (wallahualam)  

jauhilah diri dari bersangka buruk terhadap sesama kita,
sesungguhnya kita juga tak mahui orang bersangka buruk kepada kita kan.
kerana perkara ini bakal merosakkan ukhuwah kita,
satu pandangan kita boleh mentafsir seribu cerita,
jadi sama2lah kita mendidik diri untuk mendapat rahmatullah~


(sebarang komen atau pembetulan silakan emel =))

salam ukhuwah fillah abadan abada~
tata~