Monday, August 27, 2012

hidupMu cukup indah bagiku


ya Rabbul I'zzati..
saat diri ini hilang pegangan , aku mencariMu
tatkala air mata menghujani pipi, aku menadah tangan padaMu
sedetik aku hiba, aku merenung ciptaanMu
sesaat aku jatuh, aku merayu tautkan hatiMu

kekalkan imanku itu sehingga saat ajalkan tiba,
tatkala datanglah Izrail mendapatkan aku,
ringanilah bibirku melafazkan kalimahMu
LAILAHAILLALLAH,MUHAMMADARRASULULLAH...

ikhlaskanlah hatiku, tatkala riak datang menjemput amalku
ringanilah tanganku, tatkala malas memegang ibadahku
istiqamahkanlah diriku, tatkala alpa membelenggu
ajarkanlah aku syukur , tatkala kemegahan bersamaku
CINTAilah aku, tatkala 'mereka' meninggalkan aku
kerana hatiku hanya milikMu, cintaku adalah padaMu

cukuplah Allah bagiku,,
sebaik-baik pecinta dan pedamping hidupku.. ^_^


cintailah tuhanmu(Allah SWT) sepenuh hatimu, nescaya hidupmu dipenuhi cinta yg dirahmati. InsyaAllah~








Sunday, July 22, 2012

Berjaya dah Berpengaruh didunia bukanlah penentu berjaya di alam selepas kematian (akirat)

assalamualaikum wbt, Ramdhan Kareem!!
salam ramadhan bagi yang semua yang beeragama Islam.. =)
hrini 2 Ramadhan 1433H (Julai 2012)

entry kali ini saya nak bersantai dan ingatkan dri saya dan yg membaca;
ramai kita melihat orang di sekeliling kita suka berbangga-bangga
dengan keistimewaan dan pengaruh yg dimiliki,
kadang-kadang, kita tak sedar semua itu sebenarnya bersifat sementara,
bila dah kehilangan kedudukan itu, kita mula mencari 
dan mula menyalahkan takdir yang kita telah disisihkan dari komuniti itu.
ketahuilah sebenarnya, kita telah disedarkan olehNya dari mimpi yang ngeri.



sahabat2 sekalian, kalau kita merasakan diri kita sudah hebat,
pandanglah ke hadapan yang dimana ada lagi orang yg lebih hebat,
jika pula merasakan diri kita sangat kekurangan, tolehlah ke belakangmu,
dimana ramai lagi yang memerlukan kehidupan dan nikmat yang kita miliki.
cube kita belajar menghargai orang di sekeliling kita, bahkan apa yg kita ada.
(bersyukurlah~)


( http://www.facebook.com/photo.php?fbid=380296018703948&set=a.188405431226342.48305.137928842940668&type=1&ref=nf )

bagi yg lebih berilmu, jnganlah kita bongkak dengan ilmu yg ada pada kita,
saya slalu nasihatan adik2 saya, jangan lah riak dengan ilmu yg kita dapat,
kita tak tahu ada lagi org yg lebih ilmuNya dari kita, tapi merendah diri.
fikirkanlah jika Allah SWT mengkehendaki kita hilang ingatan, rencatkan 
akal , serta tidak berupaya 1 hari nanti. kemana kita nak cari semula ilmu kita,
jamin ka masih ada lagi ilmu kita yg ber'gunung2 tu?? 
(wallahualam~)
ingatlah..





Jagalah hati dan perasaan orang lain, kelak orang lain akan melakukan sedemikian kepada kita.
SALAM UKUWWAH FILLAH ABADAN ABADA~


Tuesday, May 1, 2012

kenapa perlu kita berburuk sangka ? ?

assalamualaikum wbt..

lama tak update entry..
ya, entry kali ni adalah ingatan untuk fatin and smua orang..
moga mendapat sesuatu dri entry ini.
(short n simple make)

umat akhir zaman ini banyak yang bersangka buruk
sesama manusia dn suka menjatuhkan hukum tanpa ilmu dan usul;
sehinggakan sesuatu yang baik dianggap buruk:


                 orang yang rajin beribadah disangka riak
                 orang yang sentiasa beratkan diri dari bekerja dianggap malas
                 orang yang makan banyak dianggap pelahap
                 orang yang memakai baju baru disangka menunjuk
                 orang yang senyum disangka mengejek
                 orang yang bermasam muka disangka merajuk dan tidak bersetuju(atau protes)
                 orang yang diam disangka tidak suka bergaul
                 orang yang menawan disangka memakai susuk
                 orang yang ceria disangka mengada-ngada




           mana kita tahu yang rajin beribadah tu ikhlas ibadahnya
           mana kita tahu yang sentiasa beratkan diri dari bekerja itu kudratnya tidak bertenaga
           mana kita tahu yang makan banyak itu sedang memenuhi diet pemakanan sihat tubuhnya
           mana kita tahu yang memakai baju baru itu kerana bajunya yang lain baru dibasuh dan rosak
           mana kita tahu yang senyum itu hanya ingin menjaga hati kita dan niat bersedekah
           mana kita tahu yang sedang bermasam muka itu kerana mengenangkan dosanya tadi
           mana kita tahu yang diam itu sedang beristigfar kepada Allah
           mana kita tahu yang menawan itu bersih hati dan mindanya
           mana kita tahu yang ceria itu cerdas mindanya

(fatin pun ada kadang2 termasuk golongan diatas)
astaghfirullahalazim~
marilah sama2 beristighfar, kita manusia sering lakukan kesilapan.
sedangkan hati didalam diri sendiri pun tak mampu dikawal, 
masakan mulut kita yang ada diluar diri kita

sama2lah kita ingatkan diri kita,
dan renungi hadith dibawah yang dipetik dari
(40 hadith peristiwa akhir zaman)
karangan dan olahan oleh:
al-Faqir Ilallah, Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.
Ma'had Tarbiyah Islamiyah, Derang, 
06400 Pokok Sena, Kedah Darul Aman.

Dari Abu Hurairah Ra. , bahawasanya Rasulullah saw bersabda; 
"Jika ada seseorang berata , "orang banyak (sekarang ini) sudah rusak" , 
maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rusak diantara mereka"
(HR. Muslim)
-hadith pertama : JANGAN MUDAH MENYALAHKAN ORANG LAIN
 ; Tafsirannya lihat link di bawah (wallahualam)  

jauhilah diri dari bersangka buruk terhadap sesama kita,
sesungguhnya kita juga tak mahui orang bersangka buruk kepada kita kan.
kerana perkara ini bakal merosakkan ukhuwah kita,
satu pandangan kita boleh mentafsir seribu cerita,
jadi sama2lah kita mendidik diri untuk mendapat rahmatullah~


(sebarang komen atau pembetulan silakan emel =))

salam ukhuwah fillah abadan abada~
tata~









Sunday, March 25, 2012

layakkah aku untuknya?

saatku termermenung, ku berfikir, cukupkah amalanku 
untuk bersamamu, untuk menegakkan agama ini bersama-sama

aku mampu menjaga hati, tapi aku lemah untuk 
istiqamah dengan tuntutanNya,
harap engkaulah yang membimbingku..

saat ini aku hanya mampu berkata:


jika dia telah dijodohkan untukku, 
makan satukan hati kami dengan rahmat dan kasihmu.


hanya untuk dia yang tertulis untukku~ 
wallahu'alam..

Biar jarak memisahkan kita~

Assalamu'laikum wbt,,
salam ukhuwwah fillah abadan abada..



Fatin slalu soalkan secara bermonolog kenapa diri Fatin ni
tak mampu dan tak pernah meluahkan hasrat 
sebenar kepada seseorang jika mempunyai hati dan perasaan
 yakni pada seseorang yang terasa indah pabila bersahabat dengannya..

sesungguhnya mustahillah kalau seseorang hawa
tidak mempunyai perasaan kasih dan suka terhadap 
seseorang adam yang luhur pada pandanganNya.

ya, Fatin akui pelbagai jenis insan yang Fatin
kenali sejak dari Fatin tahu erti berukhuwwah.
ada secebis rasa dihati kepadanya, 
namun jarak yang ditetapkan olehNya ini adalah
jarak yang indah.

Alhamdulillah, sehingga hari ini, 
salah satu kelemahan umat Muhammad iaitu 
berpasang-pasangan sebelum berkahwin
tak pernah Fatin turuti.

Akan tetapi, perasaan sedikit cemburu itu tetap ada..

Kuatkan lah hatiku Ya Allah, 
berpegang dengan semua ini.. insyaAllah, amin~
semua ini Allah dah ceritakan dalam Al-Quran Nulkareem,,

" Dijadikan indah pada(pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu:
wanita-wanita, anak-anak. harta yang banyak dari jenis emas,perak, kuda pilihan, binatang-
binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allah-lah
tempat kembali yang baik(syurga)."
[ Ali 'imran, 3:14]




Monday, February 6, 2012

Rezeki-MU terlalu besar buat aku..

assalamu'alaikum wbt,
salam ukhuwwah..

fatin suka sangat berkongsi cerita hidup dengan 
orang yang sudi meluahkannya kat fatin,
terima kasih kerana percaya pada fatin,
Insya -Allah fatin mencuba jadi pendengar yang baik..

Alhamdulillah~
ucapan yang suka fatin ucapkan 
kerana Dia telah menghadiahkan 
pelbagai kurniaNya dan rezekiNya kepada fatin

bila di uraikan kembali kisah hidup fatin, 
tak terhingga nikmat yang Dia kurniakan,
Alhamdulillah ya Allah..

kalau nak di senaraikan memanglah tak tertulis,
tapi sejak fatin dah dewasa ni, 
makin fatin kenal erti mengucapkan syukur,
iyalah, bak kata orang pengalaman mematangkan kita.

masa sekolah rendah dulu, dapat 5A's..
dapat masuk ke sekolah yang tersergam ilmuNya, 
Sekolah Menengah Kebangsaan Sutanah Asma..
then dapat 7A's 1C dalam PMR (sedikit kecewa)..
then, dapat 8A's 3B's dalam SPM.. 

tapi semua tu tak melunturkan mahupun 
buatkan fatin mersa bongkak.

lepas sekolah berfikir malam tu,
istikharah untuk mencari haluan hidup fatin,
ya kta semua tahu hidup kita dah ditulis di Luh Mahfuz,
tpi apalah rezeki itu datang untuk kita kalau kita 
masakan kita tak berusaha mencari Redha-Nya.
Insya Allah.

orang cakap Matrikulasi KPM ni susah,
susah nak lulus lah itu lah, ini lah..
sebagai pelajar yang dah melalui saat di matrikulasi,
fatin nak bgtahu yang semua tempat sama sahaja,
baik di diploma, stpm, matrikulasi ataupun A-level,
semua perlukan kerajinan, ketekunan dan kecekalan.

Alhamdulillah~
berkat doa semua yang fatin sayang, usaha dan tawakal
fatin lalui saat hembusan nafas di matrikulasi dengan baik,
di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) 2010/2011,
semuanya ada 2semester (program satu tahun;PST) 
bagi ujian pertengahan semester 1(UPS 1),
fatin dapat 3.78 (mathA,kmiaA,bioA-)
untuk peperiksaan semester program matrikulasi 1(PSPM1),
fatin bersyukur sangat sebab dapat 3.80 (mathA,kmiaA,bioA-),
masuk shaja sem 2, fatin berniat untu mencapai sesuatu  
yang dianggap sukar oleh semua penuntu matrikulasi,
dan alhamdulillah~
semester ke-2, UPS 2 fatin peroleh 4.00 flat bg semua subjek
dan lagi sekali fatin dikurniakan 4.00 flat msa final exam di matrik

tapi, ingatan orang tua2 ada menyebut,
jadilah resmi padi, kian berisi kian menunduk,
jangan jadi resmi lalang lagi besar lagi tegak.

Allah swt berfirman dalam surah Ibrahim; ayat7 ;yang bermaksud:
"..kalau kamu bersyukur, nescaya aku akan menambahkan kepadamu.."
insya-Allah~

setelah dri fatin ditemukan dengan ayat itu,
hidup fatin sering dimurahkan rezekiNya,
alhamdulillah~

dapat tawaran masuk USM bidang Farmasi,
dapat juga tawaran yang fatin idamkan 
study di luar negara, UK
dalam menjadi pensyarah kolej matrikulasi,
dalam bidang matematik..




barakallah, kongsian hidup fatin..
sehingga berjumpa lagi sambungan hidup fatin.
salam ukhuwwah fillah abadan abada~

Dia maha mendengar, Rasullullah kekasihku..

assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah~
bersempena Hari Kebesaran Islam,
Maulidurrasul 1433H, ada kisahnya yang buatkan
hari ni fatin sangat gembira,, terima kasih ya Allah.
walaupun sebaris ayat SMS diterima dri org yg 
selama ni yang lama tak bertegur sapa dengan fatin,
tpi alhamdulillah.. itu ckup memberi makna buat fatin.

ya, bagi fatin ini kisah fatin, 
setiap kita ada kisah hidup masing2,
samada baik, happy, sedih atau menyakitkan,
fatin percaya dimana semua itu telah ditentukan olehNya,
sebagaimana yang terkandung dalam ayat suci Al-Quran,

surah Huud; ayat 6, Allah swt berfirman yang bermaksud:
"..dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi 
ini melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya 
dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. 
Semuanya itu tersurat didalam Kitab (Luh Mahfuz) 
yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan) 
Luh Mahfuz ialah tempat catatan yang ditulis padanya ketepatan sekalian makhluk sehinggalah berlakunya hari khiamat nanti.

terima kasih ya (anda) kerana sudi membalas salam,
Salam Maulidurrasul 1433H,
semoga selawat ke atas baginda Rasulullah saw
mendapat barakah dan syafaat dari-Nya..
Insya-Allah~

salam ukhuwwah fillah, saudaraku yang disana.
moga Allah swt mendekatkan semula ukhuwwah yg runtuh antra kita, amin~