Monday, January 30, 2012

thanks Hanna~

Assalamu'alaikum wbt..
hye semua, lama sudah fatin tak menulis di sini.. 

baru2 ni, 27 januari 2012. fatin terima jemputan ke farewell party junior sekolah menengah fatin, Farah Hanna Zamri.
ya, mungkin semua yang rapat dengan fatin sure sedikit tertanya mcmna fatin boleh kenal Hanna ..
ya, ukhuwwah fatin dengan Hanna ditemukan oleh kwan fatin, tehah.. 
thanks ya tehah sebab dia banyak menambahkan kenalan2 fatin..



ok, back to the topik, huhu~
Hanna ni baru je tamat zaman sekolahnya pada tahun 2011, iaitu tahun lepas.
pada awalnya, fatin cuma kenal Hanna sebagai orang yang rapat dengan tehah. 
Dulu2 (zaman sekolah), fatin tak beberpa rapat dengan junior lain selain budak2 band fatin.
and yet, yang menyedihkan kami tidak rapat sebab Hanna bukan junior band fatin dulu.

tapi, setelah kenal Hanna dengan baik, fatin mula kenal erti silaturrahim dengan yang lain.
bak kata orang, tak kenal maka tak cinta lah. huhu~
Hanna ni memang peramah, pandai menjaga hati orang lain, and lagi satu dia tahu menghargai sesiapa sahaja di sekelilingnya. (ni satu pujian ni Hana, haha)

dari kiri; satira, tehah, fatin (me), Hanna..


jujurnya lah, starting dari farewell party hari tu, fatin mula kenal dengan ramai lagi kenalan Hanna, malahan ramai yang dah mula rapat, kan fatin rozaini (haa, siap buat trademark baru; anyonanyonya, hahahaha)... Yang before ni diorang rasa tak terlintas pun nak bergelak tawa dengan fatin.
ada pula yang cakap, "kami ni siapalah nak pi sembang ngan senior macam hampa semua, tak layak", hurm,, ish2..

di sini, bagi sesapa yang membaca, fatin nak semua tahu yang fatin ni bukan nya seorang yang sombong dan bongkak dengan diri sendiri, apa ja jwatan yang fatin pegang before ni, or apa ja kelebihan fatin yang dikurnia oleh-Nya.
fatin suka berkenalan dengan teman yang baru, tak kiralah umurnya, statusnya, apa sahaja kelemahannya, kburukannya,
sebab bagi fatin orang yang menjaga silaturrhahim itu bagaikan orang yang memegang kuat agamanya sebagai sandaran hidupnya. Insya Allah,,
wallahu'alam~


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan…….." (salah satunya) "..Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.."