Tuesday, November 8, 2011

Aku Kagum Akan Peribadinya

Assalamu'alaikum w.b.t. ,,
entry terbaru ni fatin nak kongsi kekaguman fatin dengan semua 
tentang peribadi seorang warga emas yg sangat fatin sayang (nenek).

Pada malam 10dzulhijjah 1432, fatin termenung sorang2
 kat depan tv..(jam : pukul 1.30 pagi)
saja laa ambil angin n feel nak lelapkan mata sambil tngok tv.


Tiba2 tergerak hati nak melihat ke dalam ruangan kecil, kamar 
dimana tempat nenek fatin sedang menunaikan solat pada waktu itu. 
Setahu fatin, dia dah lama masuk ke dalam blik . Jadi takutkan nenek
 terlelap dalam bilik , fatin bangun laa nak kejutkan. 

Bila sampai je kat bilik, fatin terkesima (kejap) melihat nenek yang lama 
di dalam bilik. Dia sedang mendirikan solat dengan sangat khusyuk dan twadhuk. 
Ya Allah, hanya Allah sahaja yg tahu betapa sejuk dan tenang
 hati (fatin) bila melihat nenek yg sedang solat. 
Walaupun susuk tubuhnya tampak lemah,dan sukar menggerakkannya seperti kita yang 
muda ini, namun setiap rukun solatnya sangat teratur dengan baiknya.

Selesai sahaja solat, nenek keluar untuk ke ruang tamu tidur di situ dengan sepupu2.
Sebelum memulakan bicara dengan nenek, fatin terpandang dan tersedar 
yg nenek mempunyai TANDA SUJUD yg sangat jelas di atas dahiya,
 ditambah juga dengan air mukanya yg sngat lembut dan manis.


KEISTIMEWAAN insan yg ada TANDA SUJUD:
ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana sujudnya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"apabila Allah hendak melimpahkan rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang dikehendakiNya, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka) , dimana Allah s.w.t. menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu ,  lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan neraka selain 
bekas sujud " 


Lantas fatin berdoa dalam hati: 'Ya ALLAH, jika dia adalah umatmu yg tak pernah jemu meminta, mencintai dan menyembahMu setiap detik dia bernyawa, dan jika Engkau mentakdirkan dirinya kembali kepadaMu malam(ssat) ini, aku mohon Engkau tempatkan  dia bersama para Solihin. ameen'
(sama2 lah kita mengaminkannya)

Dan disebabkan itu jugala, fatin menjadikan nenek fatin sebagai 
salah seorang 'role model' landasan hidup fatin.


Begitulah Allah s.w.t. memuliakan hamba-Nya yg bersujud, Orang yang sujud mendapat keistimewaan apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa . Sudah tentu mendapat perhatian Ilahi. Semoga kita akan menjadi hamban-Nya yang benar-benar mendapat rahmat dari Nya.

Thursday, November 3, 2011

sedikit renungan dikongsi..

thanks tin
aku dah nanges
so lega sikit
maybe aku terlampau rendah diri
sebab kawan2 aku suma budak 4 flats
kaya2
cantik2
Fatin Syahirah Jasni
1:15am
no thnx lah
ni la khidupan
cube hg byngkn
hdup hg hepi jeee
smpaikan smuanya hepi, tk pernah rsa susah
bju org basuh, msak org suap
ok ke?
or, hdup hg susah jee
duit tkde, baju lusuh, makan 1 hri skali kdg2 sminggu xda nsi
suka ke?
tak kan..
ALLAH SWT jdikan hdup kita ni cntik sngt
ada kejyaaan
ada yg kita nk dpt
ada kwan2
ada juga keluarga untuk berksih n berlindung
dsmping, ada mslah diri
mslah kwan2 baru
mslah keyakinan
mslah keewangn
em??
cantik kan hdup kita
sbb tu ALLAH cipta syurga neraka, ada yg baik dan buruk..

Sunday, October 9, 2011

Kenapa Aku Masih Solo? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kenapa Aku Masih Solo? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

13 Tahun Mencari Cinta | iluvislam.com + discover the beauty of islam

13 Tahun Mencari Cinta | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saturday, October 1, 2011

DOA DUDUK ANTARA 2 SUJUD-pernahkan kita terlintas untuk mengetahuinya?


Besarnya nilai doa ini yg selama ini mungkin ramai di antara kita terlepas pandang untuk mengetahui maknanya;


tahukah kita akan maksunya?? masha' ALLAH!! sungguh hebat.......


Rabbighfirli (Tuhanku ampunilah diriku)
Warhamnii (sayangilah diriku)
Wajburnii (tutupkanlah aib-aibku) 
Warfa'nii (angkatkanlah darjatku)
Warzuqnii (berikanlah aku rezeki)
Wahdinii (berikanlah aku petunjuk)
Wa'aafinii (sihatkanlah aku)
Wa'fuannii (maafkanlah aku)






~Doa ini cukup bermakna bagi Yang Tauhid, rinkas lagi menyeluruhi doa-doa dalam kehidupan dengan henya sepotong ayat ini..
jadi marilah kita (saya dan anda yang membaca) sama2 kita mengamalkan dan memahami  makna ayat ini dengn baik.. dan dngan harapan, kita antara muslim yang terbaik dan terpilih, insya ALLAH~  


salam,, ukhuwwah fillah abadan abada.



Wednesday, August 17, 2011

mari menghafaz, mencari redho Allah,insya ALLAH..

Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir.
Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."
                        
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
  • Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':
"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."
  • Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
  • Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.
  • Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.
  • Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
  • Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.
  • Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
           "Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
  • Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
           "Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
  • Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w."
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
  • Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
  • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
  • Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
          "Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
  • Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
  • Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
           "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".





1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Ar-rahmâni r-rahîm
4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
Mâliki yawmi d-dîn
5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn

contohi orang yg baik, tatkala mencari yg terbaik

salam,,
sya percaya, setiap dari kita mahu menjadi yang terbaik, tak kira lah dari segi pelajaran, pendapat, sukan, dll.
namun adakah kita mampu mencapai apa yg kita inginkan itu dengan sekelip mata?? namun adakah apa yang kita tak mahu itu kita di jauhkan darinya?? (tepuk dada tanyalah hati)

soalan yg sering diajukan:KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran yg bermaksud:

" .......Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "

-Surah Al-Baqarah ayat 216






dari itu,berapa ramai antra kita yg mampu membuka jendela hatinya tatkala nur ALLAH datang menyapa di celahan jendela? untuk menerima apa yg terbaik yg telah ditentukan kepadanya...
MashaALLAH!!
betapa bongkaknya umatMU itu,jika dia tak memberi sedikit corong untuk nur itu menembusi ruang hatinya..

marilah kita sama2 amati kisah hamba ALLAH ini, lapangkanlah waktu, dan hatimu untuk mendengar dan melihat kisah ini.. insya ALLAH, moga kita di beri Hidayah olehNYA,walau bukan hari ini, esok, lusa namun suatu hari kelak.. ameen~ katanya, "..jika kita mahu berubah, ubahlah mnjadi yg terbaik, nescaya ALLAH akan trunkan apa shaja yg baik2 untuk mengelilingi kita, insya ALLAH...."



terima kasih duhai rakan2 yg memberiku peluang dan jalan supaya diri ini menjadi yg lebih baik.. =)
sya percaya .........

"..setiap manusia pasti boleh berubah, jika tindakan hatinya mendahului tindakan tangannya, insya ALLAH.."

 syukran kathira.

Sunday, August 7, 2011

SEJENAK KISAH HIDUPKU - part 1

salam~ hye2!! jumpa lgi kwan2, hrini sya nak cita sikit sbnyak ttg kisah hidup sya pula msa zaman muda mudi ..^^,,part 1 ni ttg sekolah rendah SK alor mengkudu. sya skolah rendah ada 2 zaman,
(zaman DOREMON) darjah 1-3 kat SK Alor Mengkudu,jalan langgar, 
(zaman kegemilanagn DOREMON) darjah 4-5 kat SK Mergong 2(tapi lani dah ubah nama, bangga gak jdi 1st batch nama baru, SK Seri Perdana)..*DOREMON sbbnya dlu2 TEMBAM+PENDEK,, gagaga~
mesti budak2 yg lahir pd thn 70/80/90an ingat masa kat skola rendah dulu:
* cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 (tp ada ja tak penah nampk cikgu pegang kat situ), bila ckgu pegang ja, ada jaa yang getaq smpai mau tekencing dalam sluar
* bulu ayam(kaler koko+oren+hitam+putih)-gila real ayam nya bulu ni, cikgu buat sampai jadi slim sbb selalu sangat jadi rotan nak ketuk meja kayu
* RMT kat sekola dulu2, kena ambil cip bernombor, pastuh masukkan dalam bakul lepas ambil makanan.tpi kalau pengawas yang jaga situ, loceng bunyi ja mkanan tak habis, sure p lantak sama(pss:dh ckgu panggil)
* pakai pensel box yang boleh bukak dpan blakng, pastu ade sharpener kot tepi, gambar kartun, tpi tak tahan pun, suka tekeluar sponge belkang gambar2 kartun tu.
*ada pemadam hijau atas bawah putih(ada laa gambar ABC..ngan gambar2), pemadam bendera, main lawan pemadam,pastuh, bawa balik rumah 1 plastik pemadam, mak bising cakap curik brang sapa ni?? tp sayang pulak nak guna untuk  padam, sepatutnya memang untuk padam keslahan pun.ada gak duk main gusti guna kertas (lipat bentuk arrow) ngan getah(ikat kat pensel box.
* pakai pembaris yg bergerigi, kat dlam pembaris tu ada air, pastu ada bnda berkilat-kilat bentuk bulan laa bintang laa kat dlam air tu.
*dulu selalu jaa ada salesman jual buku cerita. Hari ni bg list(ketas slalunya kaler koko), esok mintak duit kat mak ngan abah nak beli walaupun cerita buku tu dah tau dah. 
*salesman susu pon camtu gak, bagitahu nak perisa apa, esok dia mai tunggu kat 'pondok susu' (ala2 replika susu besar) pastuh mai ambik ikut kelas. ada strawberry, coklat, jagung, susu original. ada gak susu coklat, yang dapat tiap2 minggu kerajaan sponsor.
* ada program nilam(membaca dngan banyaknya) tapi, budak2 la katakan , nak dapat anugerah nilam la konon, salin ja sinopsis pehtu tngok2 ja gambar dlam tu. hahaha!! pastuh ada muka =(, =), =[... haha,, tick laa yang mana kita qasa sesuai ngan cerita tu.
* time pendidikan seni pulak, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ada gak buat anyaman pakai kertas warna-warni, kolaj guna sampah bekas asah pensel, biji buah saga(belakang kelas belambak-lambak), kolaj guna kacang parpu paling sakan sekali, esok bila pamer jaa kat board depan kelas, sure bnyak SEMUT.
* takut BCG tpi lepas inject ja muka sorang poyo ja, haha!!
* Kasut berlampu kat tapak, ada style mahal skit dia warna warni, kelip2.alah yg iklan kat tV bole tembak2 alien tu. 
haa, yang paling tak boleh lupa ni masa balik dri sekolah..
"mak, nak duit nak p kedai WALID [depan(tepi sikit) pagaq depan sekolah tu]" 
mak,"nak pi beli apa ni??."
"beli JoJo tak pon Dendang. Tora pon best gak, mak"..hahaha! Beli se'mata2 nak mainan ja, coklat dia tak mkn pon.bukan apa ni smua pngaruh media massa, keluar jaa mainan baru sure budak2 nak kumpul kan.

* Siri kartun dulu2 pon best; ada power rangers, ultraman, power puff girls, super dollika, sailormoon, usop santorian,anak2 sidek, beyblade,crushgear, u are under the rest(cita polis pompuan), ninja turtles, Thundercats,keluang man, maskman, Gaban dan mcm2 lagi laa..
subhanallah,, best kan hidup ni?? tpi tulaa, kita mesti sentiasa bersyukur, budak2 zaman laa ni tak men dah smua tu, tak rasai zaman budak2 sepenuhnya(tak slahkan depa, sbb dunia makin memerlukan siapa yg lebih pintar), smua asyik ngan benda elektronik yang canggih manggih jaa( cam playstation, fb la, twitter laa).. ok lah, stop dsini dulu.. nanti sya akan update lgi cita kanak2 and cita remaja kat ASMA sya k? ^^... jumpa g,
salam ukhuwwah fillah abadan abada~

Friday, August 5, 2011

puasa sebagai perisai dari kemungkaran~

"Sekiranya seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia bercakap lucah, berbuat kefasikan dan kejahilan"

BERPUASA Ramadan bukan sekadar berlapar atau dahaga, malah mempunyai rahsia dan nikmat lebih daripada itu. Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.
  • Menguatkan Jiwa
  • Mendidik Keinginan Ke Arah Kebaikan.
  • Menyihatkan Badan 
  • Mengenal Nilai Kenikmatan Dan Bersyukur 
  • Mengingati Dan Merasakan Penderitaan Orang Lain




Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud : “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)

Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.

Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan orang yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat Tirmidzi).




Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya:

“Setiap amalan anak Adam akan diberi ganjaran dari sepuluh hinggalah tujuh ratus kali ganda.”


Firman Allah “Azza wa jalla’:

“Kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu. Maka Akulah yang akan melimpah-ruahkan ganjarannya, dia rela meninggalkan keinginan syahwatnya dan makan minumnya semata-mata keranaKu. Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan:

Kegembiraan di kala berbuka dan berhari raya serta kegembiraan di kala bertemu dengan Tuhannya. Bau mulut orang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi ALLAH daripada keharuman bau kasturi.”

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Friday, July 15, 2011

jadilah insan yang lebih dimuliakan

Sahabat yang dirahmati Allah,

Islam sentiasa menggalakkan sesama Muslim agar sentiasa hidup rukun damai, memberi kasih sayang, membina ukhuwah, menghubungkan silaturahim, bantu membantu dan menyuruh menjauhi permusuhan, tidak mendedahkan keaiban saudaranya, menjauhi perasaan hasad dengki dan fitnah memfitnah

Dari Anas bin Malik r.a. bah...awa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Janganlah kamu saling membenci, saling mendengki dan saling bermusuhan, tetapi jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal seorang Muslim mendiamkan (tidak menyapa) saudaranya lebih dari tiga hari."(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Dalam riwayat yang lain Abu Ayyub Al-Anshari r.a berkata bahawa : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Tidak halal seorang Muslim mendiamkan (tidak mau menyapa) saudaranya lebih dari tiga malam di mana keduanya bertemu lalu yang ini berpaling dan yang itu berpaling. Yang terbaik di antara keduanya ialah orang yang memulai mengucapkan salam."(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

jadi, tidak salahlah jika kita cuba memaafkan dan menerima segala kesalahan orang yang paling kita benci..

Sunday, July 10, 2011

BERISTIQAMAHLAH PABILA KITA BERBUAT SESUATU

Istiqamah bermaksud hati yang tetap teguh berpegang kepada Islam dan ianya mestilah merangkumi hati , lisan dan perbuatan, itulah istiqamah yang menyeluruh pada seseorang.
 
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْاْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.(Hud:113)
 
 
Seorang insan mestilah beristiqamah yang mana bermula pada hatinya, kerana hati adalah pusat dan tempat yang mempengaruhi perbuatan dan menagwal tindak tanduk seseorang. Hati yang teguh adalah hati yang terbina oleh dasar ketakwaan yang utuh kepada Allah. Tiada perasaan ragu atau sangsi dan mereka yang teguh keimanan yang bertapak dihati ini akan sentiasa mempertahankannya diwaktu senang atau susah.

Dari hati sikap istiqamah ini ditonjolkan oleh perbuatan. Kerja-kerja amal soleh yang berterusan adalah gambaran istiqamah yang sejati lagi dibrkati. Kerana itulah Rasulullah SAW menganjurkan kita melakukan ibadah yang sedikit tetapi ianya istiqamah atau berterusan.

Lisan orang yang istiqamah memutikkan bibit persaudaraan bukan perselisihan daripadanya. Ucapannya menyatukan bukan memecah belahkan.Indahnya kehidupan masyarakatnya sekiranya individunya adalah yang sentiasa BERISTIQAMAH dengan segala prbuatannya.

salam ingatan untuk kita, bittaufiq wannajah~

Friday, July 8, 2011

zaman kanak tu bes kan?? boleh berlari sana sini, lompat2, kejar2.. macam-macam lagi boleh buat..
(tapi zaman tu dah tak boleh kembali)

BUT, ramai ka yg sedar betapa bertuahnya hidup mereka berbanding orang lain..??? 

(kisah ni takda kena mengena dengan yang hidup atau yang telah pun kembali kepada SANG PENCIPTA..) mari hayati kisah ni..

Tiap2 pagi, aku duduk je kat tepi rumah sambil memerhatikan rakan2 sebayaku bermain, tertawa, berlari dan menikmati alam kanak2 mereka dengan sempurna (bagiku)..tapi, kenapa ibu tak pernah bagi aku keluar bermain?? , bisik hatiku..

jauh di sudut hatiku yang baru setahun jagung ini ingin mngerti apa itu erti kehidupan , kasih sayang dan kegembiraan..tapi mengapa ALLAH itu tidak adil kepada aku?? aku hanya kanak2 yang ingin 1 kehidupan, aku ta minta lebih dari kebahagiaan.. hatiku terus membisik dengan kencang..

aku tak mahu berdiam diri, lantas aku pergi mendapatkan ibu yang sedang mengail selembar benang.

"Ibu, kenapa hidup kita ni tak serupa dengan orang lain?", ibu melihat dan merenung muka ku sedalam mungkin.
"adik, kita mesti tahu yang kita ni adalah makhluk ALLAH yang singgah sekejap shaja di dunia ni. Tujuan utama kita diberi peluang ni adalah untuk beribadah kepada ALLAH."


namun usia aku membataskan pemahaman kata2 ibu," tapi mcamana tu ibu?"

"adik, ALLAH mencipta kita untuk beribadah kepadanya, berbuat baik pada buminya, dan kita perlu sentiasa ingat bahawa kita esoknya nanti akan kembali kepadaNya juga."
aku masih belum dapat mengerti.

ibu mendapatkan bahuku.
"adik, kita kena redho dengan apa yang kita ada, sabar dalam apa jua yang kita buat. ibu selalu pesan anak2 ibu, orang yang sabar tinggi darjatnya ALLAH akan angkat."

tiba2, kedengaran bunyi enjin motor dari luar rumah, ibu dengan cepatnya bergegas ke ruang pintu

PINNNN...PINNNN....!!!
"cepatla buka pintu, aku penat ni.."
aku dengar shaja suara itu, terus aku meluru masuk ke dalam blik dan mengunci pintu.

aku lari bersembunyi di tepi bucu katil dan mendiamkan dri,,

tiba2 kedengaran, "adikkkk!!!"

aku resah, ayah berteriak memanggil aku..

DUMM...DUMM...DUMM!!!!!
"buka pintu ni!! jangan nak degil!"

aku ketakutan, kedengaran juga suara ibu yang sayup2 menyatakan supaya ayah biarkan aku sendirian.

"aku nak ajar anak aku, kau diam! "aku tak snggup mendengar ibu dimaki oleh ayah, lantas aku pun membuka pintu..

ayah terus menarik telingaku tanpe sedikit pun belas kasihan, dijadikannya aku ini seperti binatang.

"aduh ayah, sakit"......(aku menangis)....."aku dah cakap berapa kali dah, dengar cakap aku, aku takda duit, yang pi beli buku banyak2 tu buat apa? aku nak guna duit..kau nak pandai?? belajar la kat sekolah, aku hantar kau sekolah.." sambil ayah memukul dan menarik-narik rambutku..

kemudian aku dilepaskan dengan kasar ke hamparan lantai, sambil itu aku terus menangis..

ayah dan ibu terus bertengkar, ibu pula disakiti..

sampai bila aku nak hadapi smua ni??, bisik hati kecilku.

aku bersekolah dari kecil hingga besar tanpa asuhan dan pimpinan orang tuaku, dan suatu hari di sekolah dengan keadaan yang lemah dan tak bertenaga, tiba2 aku disapa oleh rakan sekelasku..

"kau kenapa ni? muram ja aku lihat.."

"aku tak sihat",. balasku.

" ohh, kau demam ya?"

"emm, yaa.." dia terus mencapai dahiku,

"tak panas pon, kau tipu aku ye?", aku terus terdiam, tiba2 benakku bercempur baur soalan sahabatku dengan khidupanku, penat aku menahan dari menitiskan air mata, namun ia jatuh jua..

rakanku mendapatkan aku, dan dibawnya aku ke suatu sudut sambil menenangkan aku. tapi aku tetap menangis sepuas kata di hati..
(hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa hati aku sakit dan perit memikirkan masalh aku ini)

"kenapa ni? cuba kau ceritakan", tanya sahabatku..aku terus menangis "kau ceritalah pada aku, mungkin dengan bercerita hati kau tenang sedikit, tak mengapalah kalau kau nak menangis,menangislah,, mungkin itu lebih bagi kau kepuasan untuk meluahkan isi hati kau.."

aku menyebut, "ayah!!!" sambil titisan air mataku bercucuran membasahi pipiku..

"kenapa dengan ayah kau?"

"ji, aku tak tahan dengan hidup aku, aku mcam hidup dalam neraka, aku bagai nak pergi jauh2 dari hhidup aku yang sekarang, kau tak tahu betapa aku berdiam selama ini dengan penuh kesakitan.. aku........."
namun, aku dapat untuk mengahbiskan cebisan kata2 itu..

"kau jngan cakap begitu, hidup ni memang tak selalu indah, dan tak semua orang dapat hidup yang dia ingini, bagi aku setiap orang ada takdirnya sendri dari SANG PENCIPTA, kau mesti tabah, mungkin smua yang berlaku ni adalah ketentuan ilahi yang mungkin juga suatu hari nanti dijadikan pedoman dan semangat untuk kau teruskan kehidupan yang jauh lebih sempurna dari orang lain.."

"tapi aku tak tahan dah nak hadapi semua ni, aku setip hari diseksa, aku paling sedih melihat ibu aku tiap2 hari dipukul ayah aku.. dia berjudi ji, JUDI!" aku tegaskan perkataan itu

"aku malu dengan dri aku, apatah lagi dengan kawan2 smua, aku tak sebahagia korang semua.."

"kau silap, ada lagi yang lebih sedih  dari kau, Dini,, dia tak pernah kenal dan tahu siapa ayah dia, ibu dia tinggalkan dia macam tu shaja,"

aku terus membisu, hanya membiarkan sahabtku meleterkan aku..

"tapi kau lihat kan betapa dia cuba menerima semua itu, kau patut bersyukur, kau masih ada ayah, ada ibu, ada sebuah keluarga, tapi kau masih dapat tinggal dalam sebuah keluarga, cuma kau kurang dari segi kebahagiaan, tapi kau syukur sebab dia tak buang kau.."

"mugkin kita ta bersua lagi selepas kita tamat beljar nanti, tapi ingat pesan aku, aku mahu kau ingat yang kita ni takkan dibairkan hidup tanpa diuji kalau kita mengaku hati kita ni beriman kepada ALLAH SWT, dan kau kena ingat, hidup ni ta selalunya indah, langit juga ta selalu cerah, kehidupan tu bukan tak adil kepada kita, cuma kita sahaja yang berfikiran negatif tanpa berfikir jauh.."

aku terhenti dari kisahku, lalu melemparkan pendengaranku pada ji..


"kita smua sama sahaja, kau nampak ja, kami smua macam ada sebuah keluarga yang bahagia, kaya raya, tapi hakikat yang sama, keluarga kami ta pernah bersatu sebab masing2 sibuk dengan hal kerja dan masa bersama kwan berbanding keluarga sendiri, jadi, bersyukurlah kita masih punya orang tua, walau seburuk mana pun mereka pada kita atau orang lain, ingat mereka tetap ibu dan ayah kita, kita dilahirkan dan sempat singgah di bumi ALLAH ni pun juga kerana mereka.."

"cuba kau bayangkan kau tiada siapa di dunia ni, tiada tempat berteduh, tinggal di jalanan, tak mkan, tak pernah rasa ada keluarga?? bersyulkurlah kawan, anggap ayah kau sebagai pencorak hidup kau, itulah hidup, jika tiada derita mahupun tangisan jiwa bukan hidup namanya.."

sekarang aku sedar, setiap orang pasti ada jua masalah yang mereka hadapi, sama ada dapat dlihat atau tak, dan aku sebenarnya masih di sayangi oleh ALLAH kerana aku masih ada kedua orang tuaku, dan aku tahu ALLAH itu menguji umatNya , tp setiap yang diuji tu pasti dalam kemampuan diri umatNya, kerana Engkau MAHA ADIL, lagi MAHA PENYAYANG, Ya Allah..

Terima kasih, Ji. TERIMA KASIH ALLAH~

Thursday, July 7, 2011

DURIAN OH DURIAn

Buah durian (durio zibethinus) sangat terkenal di Asia di mana ia mempunyai kulit yang keras dan berduri serta bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Isinya lembut dan manis. Hotel-hotel di negara ini juga melarang pengunjung membawa buah durian ke dalam bilik mereka kerana baunya yang kuat. Ia digelar sebagai raja segala buah bukan kerana kulitnya yang keras dan berduri, tetapi kerana khasiat yang dimilikinya. Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.

Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.

Tidak seperti kebanyakan buah-buahan yang lain yang dijolok atau dengan memanjat pokok untuk mendapatkan buahnya, durian diambil setelah buahnya jatuh secara otomatik dari pokoknya, menandakan buah itu sudah cukup masak. Biasanya pemilik dusun durian akan menebas semak-samun di sekitar kawasan pokok durian untuk memudahkan mereka mencari buah-buah yang sudah jatuh. Ada yang membina pondok atau pangkin khas untuk tempat mereka duduk menunggu durian jatuh. Tetapi perlu berhati-hati ketika mencari durian di musim buahnya gugur kerana jika jatuh di atas kepala, ia membawa kecederaan yang serius.

Durian sedap dan berkhasiat dimakan sebaik buahnya gugur sehingga 4 hari. Kualitinya semakin berkurang selepas seminggu ia dipungut. Durian juga sesuai dimasak kuah dengan gula melaka dan daun pandan. Ia juga dijadikan tempoyak sebagai pes.

Nilai Nutrisi setiap 100 g durian

* Vitamin A: 20-30 I.U.
* Asid Askorbik: 23.9-25.0 mg
* Vitamin E: "tinggi"
* Kalsium: 7.6-9.0 mg
* Fosforus: 37.8-44.0 mg
* Potasium: 436 mg
* Thiamina: 0.24-0.352 mg
* Riboflavin: 0.20 mg
* Niacin0.6: 83-0.70 mg
* Zat besi: 0.73-1.0 mg
* Gula (purata) 12.0 g
* Protin: 2.5-2.8 g
* Lemak: 5.33g
* Serat: 3.8 g
* Jumlah Karbohidrat: 30.4-34.1 g
* Kalori: 144

Sumber: http://thesecretmedicines.blogspot.com

Wednesday, July 6, 2011

 MADAHAN ROHANI BUATMU YANG BERGELAR WANITA
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan seksanya. Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekek dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,” kata Nabi. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
  • Rasulullah menjawab, wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
  • Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.
  • Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.
  • Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
  • Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
  • Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya karena ia boleh shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.
  • Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum wanita.

Monday, July 4, 2011

renungan bersama~

(dipetik dri perbualan seorg insan, dan dikongsi brsama)
Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "

Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.

Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah

tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.


"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.


Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu
inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah
atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang
menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila
orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.
Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?


"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita
jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak
akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple
mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,
"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi
hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.


Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat
itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang
awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...


Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuhcinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada
lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si
dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi
termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu
untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri
dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh- kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang
pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si
lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..  Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. " 
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
 
"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."
Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan
air mata yang mengalir ke bahu saya....

Thursday, March 10, 2011


".. kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan 2 perkara, yang aku tingaalkan untuk kamu (umatku), iaitu dengan Al-Quran dan AS-Sunnah..", sabda Rasulullah SAW.

Saturday, January 1, 2011

Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya?




Gurunya menjawab,"Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta" Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.




Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"




Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut. Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya"




Gurunya kemudian menjawab "Jadi itulah yang dikatakan cinta"




Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?"




Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan"




Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"




Plato pun menjawab, "Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya" Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan itulah yang dikatakan perkahwinan"




Oleh itu carilah cinta yg hakiki dan dapatkanlah perkahwinan yg nurani. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..
 wsslm~

utamakan apa yg utama..

KEBAHAGIAAN adalah impian semua insan. Setiap individu, pasangan suami isteri dan keluarga, tanpa mengira umur impikan kebahagiaan dan ketenangan.




Namun begitu, tidak semestinya wang ringgit, pangkat besar, isteri cantik atau suami kacak, atau harta boleh membahagiakan seseorang.



Sesungguhnya, sebahagian tanda hidup bahagia insan Allah ada dalam keadaan berikut:


- Menjauhkan diri daripada sesuatu yang haram atau bersubahat dengannya.
- Bersahabat dengan orang baik dan soleh.
- Belas kasihan dan memberi manfaat kepada makhluk Allah yang lain.
- Merendah diri dan tidak takbur dengan harta dan kedudukan.
- Bersifat dermawan dan mulia.
- Sedikit bercakap mengenai sesuatu yang tidak perlu.
- Sentiasa kuat kemahuan untuk beribadat seperti mendirikan solat dan membaca al-Quran.
- Senang mengingati urusan akhirat dan selalu mengingatkan mati.


Sebahagian tanda bagi orang yang hidup dan hatinya sengsara adalah seperti berikut:

- Kemahuannya kuat terhadap nafsu syahwat dan kelazatan dunia.
- Rakus dengan harta benda dan menyombong diri.
- Suka bercakap kotor dan memburuk-burukkan orang lain.
- Berperangai buruk dan suka berkawan dengan orang yang derhaka kepada Allah.
- Memandang ringan solat lima waktu.
- Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
- Keberatan memberi pertolongan kepada orang lain.
- Melupakan dosa yang lalu.
- Membandingkan dengan orang di atasnya berhubung urusan dunia.
- Membandingkan orang di bawahnya berhubung urusan akhirat.
- Mengungkit kembali kebaikannya lalu, sedangkan dia tidak tahu sama ada amalannya diterima atau tidak.





renung2kan, dan selamat beramal~~