Friday, July 15, 2011

jadilah insan yang lebih dimuliakan

Sahabat yang dirahmati Allah,

Islam sentiasa menggalakkan sesama Muslim agar sentiasa hidup rukun damai, memberi kasih sayang, membina ukhuwah, menghubungkan silaturahim, bantu membantu dan menyuruh menjauhi permusuhan, tidak mendedahkan keaiban saudaranya, menjauhi perasaan hasad dengki dan fitnah memfitnah

Dari Anas bin Malik r.a. bah...awa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Janganlah kamu saling membenci, saling mendengki dan saling bermusuhan, tetapi jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal seorang Muslim mendiamkan (tidak menyapa) saudaranya lebih dari tiga hari."(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Dalam riwayat yang lain Abu Ayyub Al-Anshari r.a berkata bahawa : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Tidak halal seorang Muslim mendiamkan (tidak mau menyapa) saudaranya lebih dari tiga malam di mana keduanya bertemu lalu yang ini berpaling dan yang itu berpaling. Yang terbaik di antara keduanya ialah orang yang memulai mengucapkan salam."(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

jadi, tidak salahlah jika kita cuba memaafkan dan menerima segala kesalahan orang yang paling kita benci..

Sunday, July 10, 2011

BERISTIQAMAHLAH PABILA KITA BERBUAT SESUATU

Istiqamah bermaksud hati yang tetap teguh berpegang kepada Islam dan ianya mestilah merangkumi hati , lisan dan perbuatan, itulah istiqamah yang menyeluruh pada seseorang.
 
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْاْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.(Hud:113)
 
 
Seorang insan mestilah beristiqamah yang mana bermula pada hatinya, kerana hati adalah pusat dan tempat yang mempengaruhi perbuatan dan menagwal tindak tanduk seseorang. Hati yang teguh adalah hati yang terbina oleh dasar ketakwaan yang utuh kepada Allah. Tiada perasaan ragu atau sangsi dan mereka yang teguh keimanan yang bertapak dihati ini akan sentiasa mempertahankannya diwaktu senang atau susah.

Dari hati sikap istiqamah ini ditonjolkan oleh perbuatan. Kerja-kerja amal soleh yang berterusan adalah gambaran istiqamah yang sejati lagi dibrkati. Kerana itulah Rasulullah SAW menganjurkan kita melakukan ibadah yang sedikit tetapi ianya istiqamah atau berterusan.

Lisan orang yang istiqamah memutikkan bibit persaudaraan bukan perselisihan daripadanya. Ucapannya menyatukan bukan memecah belahkan.Indahnya kehidupan masyarakatnya sekiranya individunya adalah yang sentiasa BERISTIQAMAH dengan segala prbuatannya.

salam ingatan untuk kita, bittaufiq wannajah~

Friday, July 8, 2011

zaman kanak tu bes kan?? boleh berlari sana sini, lompat2, kejar2.. macam-macam lagi boleh buat..
(tapi zaman tu dah tak boleh kembali)

BUT, ramai ka yg sedar betapa bertuahnya hidup mereka berbanding orang lain..??? 

(kisah ni takda kena mengena dengan yang hidup atau yang telah pun kembali kepada SANG PENCIPTA..) mari hayati kisah ni..

Tiap2 pagi, aku duduk je kat tepi rumah sambil memerhatikan rakan2 sebayaku bermain, tertawa, berlari dan menikmati alam kanak2 mereka dengan sempurna (bagiku)..tapi, kenapa ibu tak pernah bagi aku keluar bermain?? , bisik hatiku..

jauh di sudut hatiku yang baru setahun jagung ini ingin mngerti apa itu erti kehidupan , kasih sayang dan kegembiraan..tapi mengapa ALLAH itu tidak adil kepada aku?? aku hanya kanak2 yang ingin 1 kehidupan, aku ta minta lebih dari kebahagiaan.. hatiku terus membisik dengan kencang..

aku tak mahu berdiam diri, lantas aku pergi mendapatkan ibu yang sedang mengail selembar benang.

"Ibu, kenapa hidup kita ni tak serupa dengan orang lain?", ibu melihat dan merenung muka ku sedalam mungkin.
"adik, kita mesti tahu yang kita ni adalah makhluk ALLAH yang singgah sekejap shaja di dunia ni. Tujuan utama kita diberi peluang ni adalah untuk beribadah kepada ALLAH."


namun usia aku membataskan pemahaman kata2 ibu," tapi mcamana tu ibu?"

"adik, ALLAH mencipta kita untuk beribadah kepadanya, berbuat baik pada buminya, dan kita perlu sentiasa ingat bahawa kita esoknya nanti akan kembali kepadaNya juga."
aku masih belum dapat mengerti.

ibu mendapatkan bahuku.
"adik, kita kena redho dengan apa yang kita ada, sabar dalam apa jua yang kita buat. ibu selalu pesan anak2 ibu, orang yang sabar tinggi darjatnya ALLAH akan angkat."

tiba2, kedengaran bunyi enjin motor dari luar rumah, ibu dengan cepatnya bergegas ke ruang pintu

PINNNN...PINNNN....!!!
"cepatla buka pintu, aku penat ni.."
aku dengar shaja suara itu, terus aku meluru masuk ke dalam blik dan mengunci pintu.

aku lari bersembunyi di tepi bucu katil dan mendiamkan dri,,

tiba2 kedengaran, "adikkkk!!!"

aku resah, ayah berteriak memanggil aku..

DUMM...DUMM...DUMM!!!!!
"buka pintu ni!! jangan nak degil!"

aku ketakutan, kedengaran juga suara ibu yang sayup2 menyatakan supaya ayah biarkan aku sendirian.

"aku nak ajar anak aku, kau diam! "aku tak snggup mendengar ibu dimaki oleh ayah, lantas aku pun membuka pintu..

ayah terus menarik telingaku tanpe sedikit pun belas kasihan, dijadikannya aku ini seperti binatang.

"aduh ayah, sakit"......(aku menangis)....."aku dah cakap berapa kali dah, dengar cakap aku, aku takda duit, yang pi beli buku banyak2 tu buat apa? aku nak guna duit..kau nak pandai?? belajar la kat sekolah, aku hantar kau sekolah.." sambil ayah memukul dan menarik-narik rambutku..

kemudian aku dilepaskan dengan kasar ke hamparan lantai, sambil itu aku terus menangis..

ayah dan ibu terus bertengkar, ibu pula disakiti..

sampai bila aku nak hadapi smua ni??, bisik hati kecilku.

aku bersekolah dari kecil hingga besar tanpa asuhan dan pimpinan orang tuaku, dan suatu hari di sekolah dengan keadaan yang lemah dan tak bertenaga, tiba2 aku disapa oleh rakan sekelasku..

"kau kenapa ni? muram ja aku lihat.."

"aku tak sihat",. balasku.

" ohh, kau demam ya?"

"emm, yaa.." dia terus mencapai dahiku,

"tak panas pon, kau tipu aku ye?", aku terus terdiam, tiba2 benakku bercempur baur soalan sahabatku dengan khidupanku, penat aku menahan dari menitiskan air mata, namun ia jatuh jua..

rakanku mendapatkan aku, dan dibawnya aku ke suatu sudut sambil menenangkan aku. tapi aku tetap menangis sepuas kata di hati..
(hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa hati aku sakit dan perit memikirkan masalh aku ini)

"kenapa ni? cuba kau ceritakan", tanya sahabatku..aku terus menangis "kau ceritalah pada aku, mungkin dengan bercerita hati kau tenang sedikit, tak mengapalah kalau kau nak menangis,menangislah,, mungkin itu lebih bagi kau kepuasan untuk meluahkan isi hati kau.."

aku menyebut, "ayah!!!" sambil titisan air mataku bercucuran membasahi pipiku..

"kenapa dengan ayah kau?"

"ji, aku tak tahan dengan hidup aku, aku mcam hidup dalam neraka, aku bagai nak pergi jauh2 dari hhidup aku yang sekarang, kau tak tahu betapa aku berdiam selama ini dengan penuh kesakitan.. aku........."
namun, aku dapat untuk mengahbiskan cebisan kata2 itu..

"kau jngan cakap begitu, hidup ni memang tak selalu indah, dan tak semua orang dapat hidup yang dia ingini, bagi aku setiap orang ada takdirnya sendri dari SANG PENCIPTA, kau mesti tabah, mungkin smua yang berlaku ni adalah ketentuan ilahi yang mungkin juga suatu hari nanti dijadikan pedoman dan semangat untuk kau teruskan kehidupan yang jauh lebih sempurna dari orang lain.."

"tapi aku tak tahan dah nak hadapi semua ni, aku setip hari diseksa, aku paling sedih melihat ibu aku tiap2 hari dipukul ayah aku.. dia berjudi ji, JUDI!" aku tegaskan perkataan itu

"aku malu dengan dri aku, apatah lagi dengan kawan2 smua, aku tak sebahagia korang semua.."

"kau silap, ada lagi yang lebih sedih  dari kau, Dini,, dia tak pernah kenal dan tahu siapa ayah dia, ibu dia tinggalkan dia macam tu shaja,"

aku terus membisu, hanya membiarkan sahabtku meleterkan aku..

"tapi kau lihat kan betapa dia cuba menerima semua itu, kau patut bersyukur, kau masih ada ayah, ada ibu, ada sebuah keluarga, tapi kau masih dapat tinggal dalam sebuah keluarga, cuma kau kurang dari segi kebahagiaan, tapi kau syukur sebab dia tak buang kau.."

"mugkin kita ta bersua lagi selepas kita tamat beljar nanti, tapi ingat pesan aku, aku mahu kau ingat yang kita ni takkan dibairkan hidup tanpa diuji kalau kita mengaku hati kita ni beriman kepada ALLAH SWT, dan kau kena ingat, hidup ni ta selalunya indah, langit juga ta selalu cerah, kehidupan tu bukan tak adil kepada kita, cuma kita sahaja yang berfikiran negatif tanpa berfikir jauh.."

aku terhenti dari kisahku, lalu melemparkan pendengaranku pada ji..


"kita smua sama sahaja, kau nampak ja, kami smua macam ada sebuah keluarga yang bahagia, kaya raya, tapi hakikat yang sama, keluarga kami ta pernah bersatu sebab masing2 sibuk dengan hal kerja dan masa bersama kwan berbanding keluarga sendiri, jadi, bersyukurlah kita masih punya orang tua, walau seburuk mana pun mereka pada kita atau orang lain, ingat mereka tetap ibu dan ayah kita, kita dilahirkan dan sempat singgah di bumi ALLAH ni pun juga kerana mereka.."

"cuba kau bayangkan kau tiada siapa di dunia ni, tiada tempat berteduh, tinggal di jalanan, tak mkan, tak pernah rasa ada keluarga?? bersyulkurlah kawan, anggap ayah kau sebagai pencorak hidup kau, itulah hidup, jika tiada derita mahupun tangisan jiwa bukan hidup namanya.."

sekarang aku sedar, setiap orang pasti ada jua masalah yang mereka hadapi, sama ada dapat dlihat atau tak, dan aku sebenarnya masih di sayangi oleh ALLAH kerana aku masih ada kedua orang tuaku, dan aku tahu ALLAH itu menguji umatNya , tp setiap yang diuji tu pasti dalam kemampuan diri umatNya, kerana Engkau MAHA ADIL, lagi MAHA PENYAYANG, Ya Allah..

Terima kasih, Ji. TERIMA KASIH ALLAH~

Thursday, July 7, 2011

DURIAN OH DURIAn

Buah durian (durio zibethinus) sangat terkenal di Asia di mana ia mempunyai kulit yang keras dan berduri serta bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Isinya lembut dan manis. Hotel-hotel di negara ini juga melarang pengunjung membawa buah durian ke dalam bilik mereka kerana baunya yang kuat. Ia digelar sebagai raja segala buah bukan kerana kulitnya yang keras dan berduri, tetapi kerana khasiat yang dimilikinya. Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.

Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.

Tidak seperti kebanyakan buah-buahan yang lain yang dijolok atau dengan memanjat pokok untuk mendapatkan buahnya, durian diambil setelah buahnya jatuh secara otomatik dari pokoknya, menandakan buah itu sudah cukup masak. Biasanya pemilik dusun durian akan menebas semak-samun di sekitar kawasan pokok durian untuk memudahkan mereka mencari buah-buah yang sudah jatuh. Ada yang membina pondok atau pangkin khas untuk tempat mereka duduk menunggu durian jatuh. Tetapi perlu berhati-hati ketika mencari durian di musim buahnya gugur kerana jika jatuh di atas kepala, ia membawa kecederaan yang serius.

Durian sedap dan berkhasiat dimakan sebaik buahnya gugur sehingga 4 hari. Kualitinya semakin berkurang selepas seminggu ia dipungut. Durian juga sesuai dimasak kuah dengan gula melaka dan daun pandan. Ia juga dijadikan tempoyak sebagai pes.

Nilai Nutrisi setiap 100 g durian

* Vitamin A: 20-30 I.U.
* Asid Askorbik: 23.9-25.0 mg
* Vitamin E: "tinggi"
* Kalsium: 7.6-9.0 mg
* Fosforus: 37.8-44.0 mg
* Potasium: 436 mg
* Thiamina: 0.24-0.352 mg
* Riboflavin: 0.20 mg
* Niacin0.6: 83-0.70 mg
* Zat besi: 0.73-1.0 mg
* Gula (purata) 12.0 g
* Protin: 2.5-2.8 g
* Lemak: 5.33g
* Serat: 3.8 g
* Jumlah Karbohidrat: 30.4-34.1 g
* Kalori: 144

Sumber: http://thesecretmedicines.blogspot.com

Wednesday, July 6, 2011

 MADAHAN ROHANI BUATMU YANG BERGELAR WANITA
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan seksanya. Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekek dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,” kata Nabi. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
  • Rasulullah menjawab, wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
  • Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.
  • Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.
  • Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
  • Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
  • Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya karena ia boleh shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.
  • Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum wanita.

Monday, July 4, 2011

renungan bersama~

(dipetik dri perbualan seorg insan, dan dikongsi brsama)
Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "

Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.

Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah

tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.


"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.


Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu
inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah
atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang
menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila
orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.
Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?


"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita
jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak
akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple
mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,
"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi
hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.


Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat
itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang
awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...


Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuhcinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada
lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si
dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi
termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu
untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri
dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh- kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang
pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si
lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..  Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. " 
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
 
"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."
Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan
air mata yang mengalir ke bahu saya....