Sunday, March 25, 2012

layakkah aku untuknya?

saatku termermenung, ku berfikir, cukupkah amalanku 
untuk bersamamu, untuk menegakkan agama ini bersama-sama

aku mampu menjaga hati, tapi aku lemah untuk 
istiqamah dengan tuntutanNya,
harap engkaulah yang membimbingku..

saat ini aku hanya mampu berkata:


jika dia telah dijodohkan untukku, 
makan satukan hati kami dengan rahmat dan kasihmu.


hanya untuk dia yang tertulis untukku~ 
wallahu'alam..

Biar jarak memisahkan kita~

Assalamu'laikum wbt,,
salam ukhuwwah fillah abadan abada..



Fatin slalu soalkan secara bermonolog kenapa diri Fatin ni
tak mampu dan tak pernah meluahkan hasrat 
sebenar kepada seseorang jika mempunyai hati dan perasaan
 yakni pada seseorang yang terasa indah pabila bersahabat dengannya..

sesungguhnya mustahillah kalau seseorang hawa
tidak mempunyai perasaan kasih dan suka terhadap 
seseorang adam yang luhur pada pandanganNya.

ya, Fatin akui pelbagai jenis insan yang Fatin
kenali sejak dari Fatin tahu erti berukhuwwah.
ada secebis rasa dihati kepadanya, 
namun jarak yang ditetapkan olehNya ini adalah
jarak yang indah.

Alhamdulillah, sehingga hari ini, 
salah satu kelemahan umat Muhammad iaitu 
berpasang-pasangan sebelum berkahwin
tak pernah Fatin turuti.

Akan tetapi, perasaan sedikit cemburu itu tetap ada..

Kuatkan lah hatiku Ya Allah, 
berpegang dengan semua ini.. insyaAllah, amin~
semua ini Allah dah ceritakan dalam Al-Quran Nulkareem,,

" Dijadikan indah pada(pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu:
wanita-wanita, anak-anak. harta yang banyak dari jenis emas,perak, kuda pilihan, binatang-
binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allah-lah
tempat kembali yang baik(syurga)."
[ Ali 'imran, 3:14]