Monday, February 6, 2012

Rezeki-MU terlalu besar buat aku..

assalamu'alaikum wbt,
salam ukhuwwah..

fatin suka sangat berkongsi cerita hidup dengan 
orang yang sudi meluahkannya kat fatin,
terima kasih kerana percaya pada fatin,
Insya -Allah fatin mencuba jadi pendengar yang baik..

Alhamdulillah~
ucapan yang suka fatin ucapkan 
kerana Dia telah menghadiahkan 
pelbagai kurniaNya dan rezekiNya kepada fatin

bila di uraikan kembali kisah hidup fatin, 
tak terhingga nikmat yang Dia kurniakan,
Alhamdulillah ya Allah..

kalau nak di senaraikan memanglah tak tertulis,
tapi sejak fatin dah dewasa ni, 
makin fatin kenal erti mengucapkan syukur,
iyalah, bak kata orang pengalaman mematangkan kita.

masa sekolah rendah dulu, dapat 5A's..
dapat masuk ke sekolah yang tersergam ilmuNya, 
Sekolah Menengah Kebangsaan Sutanah Asma..
then dapat 7A's 1C dalam PMR (sedikit kecewa)..
then, dapat 8A's 3B's dalam SPM.. 

tapi semua tu tak melunturkan mahupun 
buatkan fatin mersa bongkak.

lepas sekolah berfikir malam tu,
istikharah untuk mencari haluan hidup fatin,
ya kta semua tahu hidup kita dah ditulis di Luh Mahfuz,
tpi apalah rezeki itu datang untuk kita kalau kita 
masakan kita tak berusaha mencari Redha-Nya.
Insya Allah.

orang cakap Matrikulasi KPM ni susah,
susah nak lulus lah itu lah, ini lah..
sebagai pelajar yang dah melalui saat di matrikulasi,
fatin nak bgtahu yang semua tempat sama sahaja,
baik di diploma, stpm, matrikulasi ataupun A-level,
semua perlukan kerajinan, ketekunan dan kecekalan.

Alhamdulillah~
berkat doa semua yang fatin sayang, usaha dan tawakal
fatin lalui saat hembusan nafas di matrikulasi dengan baik,
di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) 2010/2011,
semuanya ada 2semester (program satu tahun;PST) 
bagi ujian pertengahan semester 1(UPS 1),
fatin dapat 3.78 (mathA,kmiaA,bioA-)
untuk peperiksaan semester program matrikulasi 1(PSPM1),
fatin bersyukur sangat sebab dapat 3.80 (mathA,kmiaA,bioA-),
masuk shaja sem 2, fatin berniat untu mencapai sesuatu  
yang dianggap sukar oleh semua penuntu matrikulasi,
dan alhamdulillah~
semester ke-2, UPS 2 fatin peroleh 4.00 flat bg semua subjek
dan lagi sekali fatin dikurniakan 4.00 flat msa final exam di matrik

tapi, ingatan orang tua2 ada menyebut,
jadilah resmi padi, kian berisi kian menunduk,
jangan jadi resmi lalang lagi besar lagi tegak.

Allah swt berfirman dalam surah Ibrahim; ayat7 ;yang bermaksud:
"..kalau kamu bersyukur, nescaya aku akan menambahkan kepadamu.."
insya-Allah~

setelah dri fatin ditemukan dengan ayat itu,
hidup fatin sering dimurahkan rezekiNya,
alhamdulillah~

dapat tawaran masuk USM bidang Farmasi,
dapat juga tawaran yang fatin idamkan 
study di luar negara, UK
dalam menjadi pensyarah kolej matrikulasi,
dalam bidang matematik..




barakallah, kongsian hidup fatin..
sehingga berjumpa lagi sambungan hidup fatin.
salam ukhuwwah fillah abadan abada~

Dia maha mendengar, Rasullullah kekasihku..

assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah~
bersempena Hari Kebesaran Islam,
Maulidurrasul 1433H, ada kisahnya yang buatkan
hari ni fatin sangat gembira,, terima kasih ya Allah.
walaupun sebaris ayat SMS diterima dri org yg 
selama ni yang lama tak bertegur sapa dengan fatin,
tpi alhamdulillah.. itu ckup memberi makna buat fatin.

ya, bagi fatin ini kisah fatin, 
setiap kita ada kisah hidup masing2,
samada baik, happy, sedih atau menyakitkan,
fatin percaya dimana semua itu telah ditentukan olehNya,
sebagaimana yang terkandung dalam ayat suci Al-Quran,

surah Huud; ayat 6, Allah swt berfirman yang bermaksud:
"..dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi 
ini melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya 
dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. 
Semuanya itu tersurat didalam Kitab (Luh Mahfuz) 
yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan) 
Luh Mahfuz ialah tempat catatan yang ditulis padanya ketepatan sekalian makhluk sehinggalah berlakunya hari khiamat nanti.

terima kasih ya (anda) kerana sudi membalas salam,
Salam Maulidurrasul 1433H,
semoga selawat ke atas baginda Rasulullah saw
mendapat barakah dan syafaat dari-Nya..
Insya-Allah~

salam ukhuwwah fillah, saudaraku yang disana.
moga Allah swt mendekatkan semula ukhuwwah yg runtuh antra kita, amin~


Wednesday, February 1, 2012

'Afwan~ ana uhibbukum fillah,,

assalamu'alaikum wbt,
salam sejahtera semua.. entry ni fatin nukilkan untuk semua amnya.
Tapi fatin khaskan buat seorg junior fatin, Dianah. 

Fatin sngat mnyesali kekhilafan yg dah fatin 
lakukan kat dia, bukan 1 tapi beribu..
MAAFKAN KAK FATIN ,,


walaupun kami dah boleh bercakap sesama kami, 
tpi fatin juga manusia yang ada hati dan perasaan,
tahu seribu bahasa di dalam hati seseorg,
if kita disakiti orang lain...

ya, bunyi ya sngat berat untuk diluahkan.
jujurnya, zaman persekolahan dlu, kematangan fatin sngat goyah.
di mulut cakap lain, di hati kata lain, di tngan buat lain.
nauzubillah, moga dijauhkan selepas ini dan dripada sahabat2 smua.

kisah ni agak mngelirukan dan sdikit lucu,
dianah dan farah adalah adik angkat fatin yang pada asalnya.
bagi fatin keluarga angkat fatin sperti keluarga ke2 fatin,
i love their family as mine.

Namun kisah lama dan kisah2 kanak2 membuatkan kami tidak serapat biasa.
Tapi, fatin anggap kisah hidup fatin ini menjadi memori indah buat fatin,
walaupun perit hati ini mengenangkan kekhilafan fatin 
kepada mereka berdua.

alhamdulillah, berkat doa dan tawakal,
masa world championship 2011 di stdium putra bukit jalil,
fatin berkesempatan mnyertai team kesyangan fatin,
walaupun cuma mmbantu.
from that, bnyak kali kami terserempak, dengan izinNya.

i really hope that ONE day u'll forgive all my wrongdoings, dianah.
and yet, i'll still love u as my sister forever, dear..
and to farah, i hope u will grow to b better person than i know u b4..
keep our memories with dianah till end, so that nobody can make it worse as i did..

seandainya Allah mengizinkan silaturrahim antara kita beratut atas namaNya kembali,
fatin sngat bersyukur, syukran kathira, insyaAllah barakallah.

Bittatufiq Wannajah~
salam sayang buat dianah n farah,
ana uhibbukum fillah..
ukhuwwah fillah abadan abada..



Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, 
maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”

Riwayat al-bukhari


Huraian
i) Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, 
mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan 
yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.

ii) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib 
di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan 
persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi
 seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”

iii) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan 
persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan
 malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban
 dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

iv) Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan
 pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim 
yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada 
dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

v) Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah
 membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan 
orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar 
atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya 
dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh 
diampunkan oleh Allah S.W.T.
(khutbah jumaat Masjid Al-Azim, Melaka)