Istiqamah bermaksud hati yang tetap teguh berpegang kepada Islam dan ianya mestilah merangkumi hati , lisan dan perbuatan, itulah istiqamah yang menyeluruh pada seseorang.
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْاْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.(Hud:113)
Seorang insan mestilah beristiqamah yang mana bermula pada hatinya, kerana hati adalah pusat dan tempat yang mempengaruhi perbuatan dan menagwal tindak tanduk seseorang. Hati yang teguh adalah hati yang terbina oleh dasar ketakwaan yang utuh kepada Allah. Tiada perasaan ragu atau sangsi dan mereka yang teguh keimanan yang bertapak dihati ini akan sentiasa mempertahankannya diwaktu senang atau susah.
Dari hati sikap istiqamah ini ditonjolkan oleh perbuatan. Kerja-kerja amal soleh yang berterusan adalah gambaran istiqamah yang sejati lagi dibrkati. Kerana itulah Rasulullah SAW menganjurkan kita melakukan ibadah yang sedikit tetapi ianya istiqamah atau berterusan.
Lisan orang yang istiqamah memutikkan bibit persaudaraan bukan perselisihan daripadanya. Ucapannya menyatukan bukan memecah belahkan.Indahnya kehidupan masyarakatnya sekiranya individunya adalah yang sentiasa BERISTIQAMAH dengan segala prbuatannya.
salam ingatan untuk kita, bittaufiq wannajah~
0 comments:
Post a Comment