Wednesday, February 1, 2012

'Afwan~ ana uhibbukum fillah,,

assalamu'alaikum wbt,
salam sejahtera semua.. entry ni fatin nukilkan untuk semua amnya.
Tapi fatin khaskan buat seorg junior fatin, Dianah. 

Fatin sngat mnyesali kekhilafan yg dah fatin 
lakukan kat dia, bukan 1 tapi beribu..
MAAFKAN KAK FATIN ,,


walaupun kami dah boleh bercakap sesama kami, 
tpi fatin juga manusia yang ada hati dan perasaan,
tahu seribu bahasa di dalam hati seseorg,
if kita disakiti orang lain...

ya, bunyi ya sngat berat untuk diluahkan.
jujurnya, zaman persekolahan dlu, kematangan fatin sngat goyah.
di mulut cakap lain, di hati kata lain, di tngan buat lain.
nauzubillah, moga dijauhkan selepas ini dan dripada sahabat2 smua.

kisah ni agak mngelirukan dan sdikit lucu,
dianah dan farah adalah adik angkat fatin yang pada asalnya.
bagi fatin keluarga angkat fatin sperti keluarga ke2 fatin,
i love their family as mine.

Namun kisah lama dan kisah2 kanak2 membuatkan kami tidak serapat biasa.
Tapi, fatin anggap kisah hidup fatin ini menjadi memori indah buat fatin,
walaupun perit hati ini mengenangkan kekhilafan fatin 
kepada mereka berdua.

alhamdulillah, berkat doa dan tawakal,
masa world championship 2011 di stdium putra bukit jalil,
fatin berkesempatan mnyertai team kesyangan fatin,
walaupun cuma mmbantu.
from that, bnyak kali kami terserempak, dengan izinNya.

i really hope that ONE day u'll forgive all my wrongdoings, dianah.
and yet, i'll still love u as my sister forever, dear..
and to farah, i hope u will grow to b better person than i know u b4..
keep our memories with dianah till end, so that nobody can make it worse as i did..

seandainya Allah mengizinkan silaturrahim antara kita beratut atas namaNya kembali,
fatin sngat bersyukur, syukran kathira, insyaAllah barakallah.

Bittatufiq Wannajah~
salam sayang buat dianah n farah,
ana uhibbukum fillah..
ukhuwwah fillah abadan abada..



Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, 
maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”

Riwayat al-bukhari


Huraian
i) Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, 
mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan 
yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.

ii) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib 
di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan 
persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi
 seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”

iii) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan 
persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan
 malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban
 dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

iv) Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan
 pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim 
yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada 
dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

v) Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah
 membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan 
orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar 
atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya 
dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh 
diampunkan oleh Allah S.W.T.
(khutbah jumaat Masjid Al-Azim, Melaka)

2 comments:

ANDYZ AFANDI TV said...

nice post Kak Fatin....hope it all turns well..should i let her see the post?

fatin said...

Afandi.. Sorrry juz view here.. U r welcme to do so, its an open blog to all.. :-)